Monday, September 26, 2011

SAINSri SBT 2011



Setinggi-tinggi tahniah buat warga SAINSri di atas Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2, 2011 yang telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Haji Mohd Yassin di SK Ulu Lubai, Limbang pada 24 Februari 2011 .

Semoga dengan penganugerahan ini, seluruh warga SAINSri akan berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah!


sumber foto: Borneo Post

Friday, June 18, 2010

Imbasan Lawatan Penolong Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke SAINSri pada 9 Mei 2010

Segak bergaya dengan pakaian lengkap unit beruniform masing-masing, pelajar-pelajar SAINSri sangat berbesar hati memyambut dan meraikan lawatan kerja Yg. Berbahagia Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim serta rombongan ke Kampus SAINSri. Ketibaan tetamu dialu-alukan dengan bunga manggar, paluan kompang, kalungan manik dan tarian etnik suku-suku kaum di Sarawak. Sempena dengan lawatan beliau juga telah diadakan upacara pemotongan kek sempena Sambutan Ulangtahun ke-20 SAINSri Gemilang (1990-2010).

Jadual lawatan kerja beliau di SAINSri diteruskan dengan lawatan beliau dan rombongan ke Lorong & Sudut PPDa. Beliau bersekempatan melihat hasil kerja semua warga SAINSri mengintepritasikan perasaan bencikan dadah sebagai musuh no.1 negara dan menghargai kehidupan tanpa dadah durjana di dalam bahan-bahan pameran di sudut dan lorong berkenaan. Pada akhir lawatan beliau beserta rombongan turut menandatangani buku pelawat sudut dan lorong PPDa SAINSri di Teratak Warisan.


Selepas melawat SAINSri, rombongan Yg. Berbahagia Dato' akan bertolak ke Bahagian Limbang untuk melawat Sekolah Rendah Kluster, SK Ulu Lubai.

Semoga apabila berakhirnya kunjungan Yg. Berbahagia Dato' di Bumi Kenyalang kali ini memberi makna dan kenangan yang cukup manis. Bagi warga SAINSri pula kedatangan beliau merupakan suatu penghargaan dan menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk berjaya dengan lebih gemilang. Semoga berjumpa lagi.