SAINSri TERBILANG 2015
MISI SEKOLAH
MEMBENTUK MODAL INSAN YANG TERBILANG
BERPAKSIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN DALAM MENANGANI CABARAN GLOBALISASI
SLOGAN SEKOLAH
SEDERAP MEMBURU KEGEMILANGAN
MAKSUD LOGO:
BULATAN BESAR
Melambangkan bentuk yang sempurna dan keadaan yang seimbang sebagai asas organisasi (sekolah).
BULATAN RODA BERGIGI
Melambangkan sumber penggerak tenaga yang bergerak yakni penyalur ilmu pengetahuan dan maklumat yang berterusan.
SEGITIGA DI TENGAH
Melambangkan asas pelantar minyak bagi melambangkan Miri sebagai sebuah Bandar Minyak dan bentuk yang dinamik serta sentiasa menuju ke atas yakni kejayaan dan kecemerlangan.
GRADUAN
Melambangkan cita-cita yang tinggi ke menara gading.
OBOR DI TENGAH
Melambangkan semangat yang berkobar-kobar dalam ko kurikulum demi melahirkan generasi yang sihat, cergas, dan bersemangat setiakawan.
BUKU YANG TERBUKA
Melambangkan sekolah sebagai agen penyebar dan penyampai berbagai maklumat yang menyeluruh.