Tentang SAINSri

Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak, ditubuhkan pada 1 Januari 1990. Lokasi sekolah ini terletak di kilometer 10, Jalan Bakam, Miri, bersebelahan dengan Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Sarawak. Keluasan kampus sekolah ialah 18.66 hektar.



Gambar di atas: SAINSri pandangan dari udara.

Pelajar sekolah ini terdiri daripada majoritinya pelajar-pelajar terpilih dari seluruh negeri Sarawak dan sebahagian kecil merupakan pelajar-pelajar tajaan dari negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia yang mempunyai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR.


Merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang pertama ditubuhkan di Sarawak dan merupakan SBP yang ke-33 ditubuhkan di Malaysia. Kini terdapat 60 buah SBP di seluruh negara.


Penuntut di SAINSri terdiri daripada bangsa 1Malaysia yang pelbagai iaitu kaum Melayu, Melanau, Kedayan, Iban, Bisaya, Lun Bawang, Murut, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Kejaman, Penan, Lahanan, Dusun, Bajau, Kadazan, Cina, India dan Eurasian.


Kini sekolah ini mempunyai 405 pelajar setakat 1 September 2011 dan kini diketuai oleh Pengetua Cemerlang Jusa C, Puan Hajah Serina bt Sauni.

Jumlah Guru SAINSri

Jumlah Staf Sokongan SAINSri

Jumlah Pelajar SAINSri



Peratus Pelajar Mengikut Kaum






....